ARTIKEL

Kanak-kanak berusia dua tahun dua bulan maut disengat tebuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Beranggapan sengatan tebuan tidak berbahaya, seorang ibu akhirnya kehilangan puterinya berusia dua tahun dua bulan selepas doktor mengesahkan kematian berpunca daripada serangga berbisa itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Julau, DSP Andam Sulin, insiden Patricia Sanggau terkena sengat tebuan berlaku pada Selasa, kira-kira 11 pagi di kebun lada Rumah Panjang Saba, Nunggang.

“Siasatan mendapati, si ibu hanya membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Pakan selepas tempoh lapan jam, iaitu pada 8.30 malam setelah suami pulang daripada bekerja. Anaknya ketika dibawa pulang ke rumah panjang pagi itu turut menangis dan mengadu kesakitan.

“Namun demikian, ibunya beranggapan sengatan tersebut tidak berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, ketika tiba di klinik mangsa dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

“Pihak klinik terus melakukan rawatan dan cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berjaya.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, bibir bawah mangsa bengkak disebabkan oleh alergik kesan bisa sengatan tebuan. Lebih kurang 11.40 malam, doktor mengesahkan kematiannya,” ujarnya menambah terdapat kesan sengatan tebuan di bawah telinga sebelah kiri mangsa.

Tambah Andam, pemeriksaan ke atas bahagian lain pada tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan lain.

Pihaknya kemudian mengesahkan kematian Patricia  tidak mempunyai  unsur jenayah.

Pengakuan daripada saudara mara mangsa dan penduduk rumah panjang turut mendapati ibu bapanya menjaga mangsa dengan baik dan tidak pernah memukul atau mendera.

Mangsa juga tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

BERITA LAIN

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

BERITA TERBARU

SK Pulo dijangka siap 2025

KUCHING: Projek bina baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo dijangka siap sepenuhnya Februari tahun depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

Meriahkan Kembara RIUH yang pertama di Sarawak

KUCHING: Ayuh beramai-ramai memeriahkan Kembara RIUH pertama di Sarawak, program  kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) bagi RIUH OOHA! bertempat di Tempat Letak Kereta