ARTIKEL

Kanak-kanak ceroboh Rumah Putih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Seorang kanak-kanak dikesan ‘menceroboh’ pagar Rumah Putih di sebelah utara kediaman Presiden AS pada Selasa.

Kakitangan Perkhidmatan Rahsia menemukan pelawat muda itu memasuki pagar di kawasan Rumah Putih, lapor Xinhua memetik kenyataan yang diperoleh media AS.

“Pegawai Perkhidmatan Rahsia sertamerta bertindak terhadap pengesanan sistem keselamatan Rumah Putih dan kanak-kanak kecil itu segera disatukan dengan ibu bapanya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap Perkhidmatan Rahsia Anthony Guglielmi.

Akses ke kompleks itu dihadkan seketika semasa kejadian terbabit, menurut The Associated Press.

Pegawai Perkhidmatan Rahsia juga dilaporkan menyoal secara ringkas ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum membenarkan mereka meneruskan perjalanan.

Perkhidmatan Taman Negara AS dan Perkhidmatan Rahsia berusaha membina pagar baharu sekeliling Rumah Putih sejak Julai 2019 selepas pelanggaran keselamatan sebelum ini. – Bernama

BERITA LAIN

Roda pesawat Boeing tercabut semasa berlepas

LOS ANGELES: United Airlines berkata ia sedang menyiasat bagaimana roda pesawat Boeing 757-200 tercabut semasa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Isnin sebelum

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya