ARTIKEL

Kanak-kanak lapan tahun hilang dipercayai jatuh sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas setelah dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Sabang, Kampung Tambirat di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang setelah terjatuh ke dalam sungai ketika bermain sekitar jam 4.50 petang.

SAR… Usaha pencarian kanak-kanak terbabit giat dijalankan.

Sejurus menerima panggilan berhubung kejadian, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan pada jam 5.25 petang di lokasi kanak-kanak terbabit dilaporkan terjatuh dengan anggaran radius 100 meter.

SAR… Usaha pencarian kanak-kanak terbabit giat dijalankan.

“Sementara itu, operasi SAR dijalankan bersama penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga laporan ini ditulis, kanak-kanak terbabit belum ditemui dan usaha pencarian masih giat dijalankan.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit