ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Kanak-kanak lelaki 12 tahun hilang, dikhuatiri lemas di Sebuyau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Seorang kanak-kanak lelaki dilkhuatiri lemas selepas kali terakhir dilihat keluar rumah di Kampung Jalan Giat Mara Sebuyau kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan mengesahkan mangsa dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas gagal dikesan di sekitar kampung.

Sementara itu, terdapat maklumat mengatakan ada melihat kelibat mangsa bermain di kawasan benteng tepi laut berhampiran kawasan Kampung Giat Mara Sebuyau.

“Terdapat maklumat mangsa dikatakan ada bermain di benteng tepi laut.

“Usaha pencarian awal telah dilakukan di sekitar Kampung Sebuyau namun mangsa masih belum dijumpai,” kenyataan itu menyebut.

Menurut kenyataan itu lagi, mangsa kali terakhir dilihat berpakaian ‘t-shirt’ lengan pendek berwarna cokelat dan berseluar panjang berwarna hitam.

Mangsa berusia 12 tahun itu dikenali sebagai Mohamad Aidil Fiqrie Mohamad Rafik.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke