Trending

Kanak-kanak lelaki empat tahun lemas di Sungai Ulu Baram, Marudi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang oleh bapanya ditemui lemas di Sungai Ulu Baram, Marudi,  hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitahu, mayat Vincent Laing berusia empat tahun dijumpai di tebing sungai berhampiran Kampung Long Banyok,  tidak jauh dari lokasi mangsa dikhuatiri hilang.

“Bapa mangsa menyedari kehilangan anaknya bergegas mendapatkan bantuan ahli keluarga sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh penduduk kampung.

“Pencarian awal di sekitar tebing sungai dan kawasan hutan berdekatan gagal mengesan mangsa sehingga ditemui pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat kanak- kanak itu kemudiannya dibawa terus ke rumah panjang dan diserahkan kepada ahli keluarga mangsa.

Mayat kanak-kanak  di bawa ke rumah panjang untuk diserahkan kepada keluarganya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru