ARTIKEL

Kanak-kanak lelaki maut dilanggar tanpa sengaja oleh bapa sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JERTIH, Terengganu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan maut selepas bapanya secara tidak sengaja terlanggar mangsa ketika mengalihkan kenderaan pacuan empat roda di rumah mereka di Kampung Wakaf Kubor di Kampung Raja dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata kejadian pada sekitar jam 9.30 pagi itu berlaku ketika bapa kanak-kanak tersebut mengalihkan kenderaannya setelah selesai mencucinya di halaman rumah.

“Namun lelaki tersebut tidak menyedari anaknya yang sedang bermain telefon bimbit di atas tangga rumah telah bergerak menuju ke arah kenderaan yang dipandunya itu, menyebabkan dia telah terlanggar kanak-kanak itu,” maklumnya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata bapa kanak-kanak itu kemudian membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Gong Medang di sini, namun kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.30 pagi.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

BERITA TERBARU