ARTIKEL

Keadaan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menahan kesakitan akibat tangannya tertusuk besi pagar rumah

Kanak-kanak lelaki tertusuk besi pagar rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tertusuk besi pagar rumah di sini semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 6.38 petang.

Katanya, setelah menerima panggilan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kejadian melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dalam keadaan tangannya tertusuk besi pagar rumah.

“Pihak bomba kemudiannya bertindak membuat size up, dan sekali gus menjalankan operasi dengan memotong besi pagar rumah tersebut dengan menggunakan gergaji bulat,” katanya dalam satu kenyataan.

Setelah operasi selesai, keluarga mangsa bertindak segera dengan membawanya ke Hospital Miri dengan menggunakan kenderaan sendiri untuk membuat pemeriksaan.

Sementara itu, pihak bomba membuat pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan ia benar-benar selamat.

BERITA LAIN

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk