HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kanak-kanak lima tahun korban termuda Covid-19 di Sarawak yang dilaporkan hari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Gambar hiasan

KUCHING: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dari Miri adalah korban termuda akibat Covid-19 di Sarawak setakat ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam laporan hari ini berkata, kanak-kanak itu mempunyai rekod obesiti yang meninggal dunia pada 6 Oktober lalu di Hospital Miri.

“Kes positif Covid-19 baharu di Sarawak semakin menunjukkan trend penurunan dengan 1,126 kes dengan 13 kematian yang dicatatkan sejak 3 Oktober lalu.

“Malah, daripada 13 kematian itu, Covid-19 meragut satu nyawa seorang wanita di Bintulu berusia 31 tahun yang mempunyai darah tinggi, kencing manis dan obesiti,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu JPBN memberitahu terdapat penambahan kes positif Covid-19 di kluster Long Urun dan kluster Duras.

“Bagaimanapun tiga kluster diisytiharkan tamat iaitu kluster Tanjung Kibong 2, Bintulu, kluster Menuang Baru, Limbang dan kluster Sawit 16, Beluru,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru

Zii Jia kembali ke BAM?

PERSOALAN sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke