Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kanak-kanak maut dirempuh MPV

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

JULAU: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kanowit Julau Durin (KJD), semalam.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superitendan Polis (DSP) Andam Sulin berkata dalam kejadian dilaporkan kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa yang berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian berlaku ketika Toyota Avanza terbabit dalam perjalanan dari Julau menghala ke Sarikei.

“Ketika bergerak lurus di kilometer 16 Jalan KJD, kanak-kanak terbabit tiba-tiba melompat dari penghadang tengah jalan sebelum terlanggar bahagian depan sebelah kiri kenderaan itu.

“Akibat kejadian, mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Andam berkata, kanak-kanak terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Klinik kesihatan Julau.

Katanya, mayat kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut.

Manakala, beliau berkata pemandu MPV terbabit, lelaki berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Keadaan di lokasi kejadian yang meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

 

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News