ARTIKEL

Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran di Kota Sentosa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan enam buah kedai di Lorong Liu Shan Bang 6C, Kota Sentosa, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri Sarawak Henderi Ardimansyah berkata, mangsa berusia 12 tahun ditemui kira-kira jam 5.26 petang.

Mangsa, kanak-kanak lelaki OKU fizikal ditemui di ruang tamu tingkat atas bangunan kedai.

“Mangsa ditemui di ruang tamu, tingkat atas sebuah kedai runcit.

“Maklumat awal kita dimaklumkan dua orang (terperangkap) tetapi setelah membuat pengesahan daripada ibu mangsa, hanya mangsa sahaja,” katanya kepada media di lokasi kejadian.

Henderi berkata, sepasukan 13 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, operasi pemadaman turut dibantu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan.

“Kebakaran dipercayai bermula di tingkat bawah, pintu yang ketiga. Tetapi siasatan lebih lanjut akan menentukan dan mengenal pasti di mana punca kebakaran tersebut,” katanya.

“Kita akan siasat lebih lanjut dan mengenal pasti punca dan anggaran kerugian,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial