ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad (Gambar fail)

Kanak-kanak perempuan lima tahun maut akibat didera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan sekitar 9.45 pagi semalam selepas kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun disahkan meninggal dunia selepas itu.

“Mangsa dipercayai merupakan anak angkat kepada seorang wanita berusia 27 tahun dan lelaki (66 tahun) yang telah diberkas semalam, suspek merupakan pasangan suami isteri,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Beliau berkata terdapat kesan pukul pada seluruh anggota badan mangsa menggunakan objek tumpul selain luka akibat koyakan pada bahagian saluran peranakan serta dubur.

Abang Zainal berkata pihaknya akan membuat permohonan reman melibatkan kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Ipoh pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

“Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya menghubungi pegawai penyiasat ASP Norazlina Rais Ahmad di talian 0 013-6282176 atau tampil ke mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan