KUCHING: Meskipun vaksin untuk orang dewasa, warga emas dan orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak juga perlu diberikan tumpuan terutama mereka yang mempunyai ko-morbiditi.
Doktor Kesihatan yang kini juga berkhidmat di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Unimas, Profesor Madya Dr Helmy Hazmi berkata, walaupun semua orang dewasa diberikan vaksin, kekebalan kawanan yang diinginkan masih belum dapat dicapai.
“Untuk mencapai kekebalan kawanan sekurang-kurangnya 80 peratus, pemacu vaksinasi juga harus melibatkan kanak-kanak di bawah 18 tahun.
Lagipun, mereka ini merangkumi satu per empat populasi negara. “Walaupun kita berjaya memvaksini 100 peratus orang dewasa, kita masih belum mencapai kekebalan kawanan yang diinginkan selagi kita tidak melibatkan anak-anak,” katanya dihubungi untuk mendapat maklum balas tentang isu adakah Sarawak harus menyuntik dos vaksin untuk kanak-kanak dalam cadangan pembelian vaksin.
Menurut Dr Helmy, kanak-kanak di bawah usia 18 tahun mewakili kurang daripada 10 peratus kes Covid-19 yang dilaporkan tetapi ini tidak membuktikan mereka kebal daripada wabak tersebut.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan kanak-kanak yang dijangkiti mungkin hanya menunjukkan gejala ringan tetapi mampu menyebarkan jangkitan kepada orang dewasa atau ahli keluarga.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Apr 2021