Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kantoi jual judi di pasar tani

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Polis menjalankan pemeriksaan di Gerai Tani Jagoi, Srieng, Jalan Bau-Serikin. Dua individu ditangkap kerana menjalankan kegiatan judi haram.
Polis menjalankan pemeriksaan di Gerai Tani Jagoi, Srieng, Jalan Bau-Serikin. Dua individu ditangkap kerana menjalankan kegiatan judi haram.

 

BAU: Dua lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian haram di Gerai Tani Jagoi, Srieng, Jalan Bau-Serikin, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata wanita dan lelaki berusia 22 dan 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.30 petang oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau menerusi Op Dadu.

“Suspek wanita ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan perjudian loteri haram dan suspek lelaki ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian.

“Pihak polis turut merampas dua unit telefon bimbit, sekeping kad sim dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek tiada rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4a(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1)(c) akta yang sama.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News