ARTIKEL

Kantoi remaja 22 tahun curi lori

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang penganggur ditangkap kerana disyaki mencuri sebuah lori. Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Skim Penempatan Semula Batu Kawa, sekitar jam 6.50 petang Selasa lalu.

“Pada 22 Januari lalu, pemilik lori menyedari lorinya yang diparkir di hadapan kedai di Taman Desa Wira telah hilang. “Pada 4 Februari, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (JSJ IPD) Padawan telah menangkap seorang lelaki di Lot 3439, Skim Penempatan Semula Batu Kawa,” katanya semalam.

Menurut Aidil, suspek juga mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan.

Bagaimanapun beliau berkata, suspek tidak mengaku mencuri lori tersebut sebaliknya mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu. Katanya, suspek yang berasal dari Lot 3439, Skim Penempatan Semula Batu Kawa direman semalam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu