ARTIKEL

TONGGAK BAHARU… Perak FC memperkenalkan pemain import baharu dari Kyrgystan, Adilet Kanybekov (tengah), ketika melancarkan jersi ‘home’ bagi Liga Malaysia musim 2024-2025 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh semalam. - GAMBAR BERNAMA

KANYBEKOV SAH MILIK PERAK FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Perak FC memantapkan barisan tengah pasukan pada saingan Liga Malaysia 2024/2025 dengan penyertaan kapten skuad bawah 23 tahun (B-23) Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.

Selepas mengikat empat pemain baharu sebelum ini, Perak FC memperkenalkan tonggak import baharu berusia 21 tahun itu kepada penyokong pada Karnival Pelancaran Jersi ‘Home’ Perak FC 2024/2025 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini semalam.

Kehadiran pemain kelahiran Kyrgyzstan itu, yang pernah bersaing di temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China, menjadi pilihan ketua jurulatih, Yusri Che Lah, bagi memastikan sengat skuad itu lebih berbisa.

Kanybekov juga berupaya beraksi di posisi pertahanan tengah bagi mengisi kuota import Asia yang dilihat mampu memberi nilai tambah kepada pasukan apabila digandingkan nanti dengan Luciano Guaycochea selaku ‘jeneral’ pasukan yang menjadi tempat bergantung sepenuhnya oleh pasukan itu sebelum ini.

Kanybekov menjadi pemain kelima yang diumumkan oleh Perak FC setelah mengumumkan muka baharu iaitu Tommy Mawat Bada (dari Negeri Sembilan), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (Kelantan United), Mohamad Ramadhan Abdul Hamid (PDRM FC) dan Nur Azfar Fikri Azhar (Terengganu FC).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin, pada sidang media berkenaan, berkata, Perak FC juga bakal mendapatkan khidmat penjaga gol kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) FC, Muhammad Haziq Nadzli.

“Pengumuman berkenaan pemain ini akan dibuat dalam masa terdekat dan buat masa ini ada beberapa isu yang perlu diselesaikan. Bagi kami, dia seorang penjaga gol yang berkualiti namun kita harap dia dapat bersaing dengan penjaga gol lain dalam skuad sedia ada,” katanya.

Terdahulu, bagi menyemarakkan lagi pentas Liga Malaysia (Liga M) musim ini, Perak FC melancarkan kit jersi utama terbaharu.

Kombinasi warna keramat kuning hitam terus menjadi pilihan skuad The Bos Gaurus dengan menggunakan jenama tempatan Cheetah pada harga RM159 sehelai bagi jersi ‘player issue’ manakala RM39 bagi ‘fan issue’.

Kelab itu turut melancarkan tiga jenis pas bermusim pada kadar harga RM189 (perak), RM300 (emas) dan pas bermusim premium RM1,250 (hitam), dan kesemua pembeli dapat menyaksikan kesemua perlawanan yang membabitkan pasukan Perak FC di laman sendiri. – BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.