ARTIKEL

An Open Arms salvage vessel, part of a three ship flotilla carrying food aid for the Gaza Strip, sails next to the French frigate Courbet as the flotilla departs the port of Larnaca in Cyprus on March 30, 2024. A second vessel carrying aid to war-torn Gaza set sail from Cyprus, an AFP correspondent said, more than two weeks after the last shipment arrived by sea. Almost 400 tons of aid is being carried to Gaza on a flotilla organised by two charities -- the US-based World Central Kitchen and the Spanish Open Arms. (Photo by Iakovos HATZISTAVROU / AFP)

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24 April ini.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat lalu.

“Kita menerima banyak indikasi pertamanya daripada aspek politik dan aspek teknikal kapal, bagi anda yang berkesempatan menaiki kapal pada sidang media hari ini, banyak perkara yang perlu disiap sebelum pelayaran dimulakan.

Walaupun kita mempunyai tenaga kerja seramai 35 orang yang bekerja 24 jam untuk menyiapkan kapal-kapal ini, namun ia tetap tidak dapat memulakan pelayaran pada tarikh yang dijadualkan sebelum ini (21 April, 2024),” katanya.

Terdahulu media melaporkan beberapa buah kapal terlibat dalam misi ini melibatkan satu kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang memuatkan lebih 1,000 orang.

Kapal-kapal ini membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.

Wright juga menegaskan misi ini tetap diteruskan sekiranya konflik antara Israel dengan Iran terus meningkat dalam tempoh beberapa hari mendatang.

Beliau berkata, apa-apa sahaja yang berlaku melibatkan dua negara tersebut tidak sesekali menjejas perancangan FFC untuk menghantar bantuan kemanusiaan yang mendesak kepada penduduk di Gaza.

Seramai 20 warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa melakukan pelayaran menaiki flotila untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha dalam sidang media baru-baru ini berkata 20 warga Malaysia itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.

Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera Bernama TV Mohammad Nulhakim Jailan.

Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia itu kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” itu. – Bernama

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA