JAKARTA: Indonesia merampas kapal tangki Iran dan kapal Panaman yang disyaki memindahkan minyak secara haram di perairan negara Asia Tenggara itu, kata pihak berkuasa.
Kapal tangki minyak mentah MT Horse yang mengibarkan bendera Iran dan kapal tangki MT Freya dengan bendera Panama, dilihat di luar pesisir Kalimantan, Indonesia di pulau Borneo pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa, dua kapal tangki berkenaan kemudiannya disita selepas kru kapal tidak menjawab panggilan radio.
Kru kapal disyaki melakukan pelanggaran, termasuk gagal mempamerkan bendera kebangsaan kapal, mematikan sistem pengenalannya untuk mengelakkan pengesanan dan memindahkan minyak secara haram, kata Badan Keselamatan Maritim Indonesia.
“Kami merampas dua kapal tangki asing itu kelmarin dan siasatan sedang dijalankan,” kata jurucakap agensi itu, Wisnu Pramandita.
Tambahnya, anak kapal sedang disoal siasat. Iran sebelum ini dituduh cuba menyembunyikan penjualan minyaknya untuk mengelak pelanggaran sekatan ketat AS.
Pada Oktober, pentadbiran mantan presiden AS Donald Trump, mengenakan sekatan baharu ke atas sektor minyak Iran kerana penjualan ke negara-negara termasuk Syria dan Venezuela.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha lebih meluas untuk menamatkan semua eksport minyak utama Iran, yang berusaha menghentikan semua sumber tunai untuk musuh Arab Saudi dan Israel yang merupakan sekutu AS di rantau itu. – AFP

Pelarian Rohingya sudah boleh pulang
YANGON: Myanmar mengatur lawatan untuk duta dan Konsul Jeneral 11