ARTIKEL

Foto: CMG | BERNAMA

Kapal ‘Misi Harmoni 2023’ China selamat tiba di Timor Leste

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BEIJING: Kapal perubatan Peace Ark Tentera Laut China yang sedang menjalankan “Misi Harmoni 2023”, selamat tiba di Pelabuhan Dili di Timor Leste pada pagi Ahad, stesen terakhir bagi misi kali ini.

Misi itu akan menyediakan perkhidmatan perubatan serta bantuan kemanusiaan selama tujuh hari dan itu merupakan lawatan kali kedua di Timor Leste dan kali keempat bagi kapal angkatan laut China.

Dalam tempoh misi, kapal itu akan memperkenalkan teknologi dan kelengkapan perubatan serta konsep China yang maju kepada rakyat Timor Leste.

Setakat ini, jumlah diagnosis dan pembedahan harian yang telah dilaksanakan masing-masing sudah memecah rekod.

Peace Ark merupakan platform perubatan profesional khusus untuk penyelamatan perubatan maritim yang direka bentuk dan dibina oleh China sendiri, dilengkapi pelbagai kemudahan dan teknologi canggih yang mempunyai harta intelek sendiri.

Sejak mula berkhidmat pada 2008, kapal itu telah belayar ke luar negara sebanyak lapan kali dan berlabuh di tiga lautan dan enam benua dengan jarak pelayaran keseluruhan mencatat lebih 270,000 batu nautika yang melibatkan 45 negara dan kawasan.

Sehingga kini, kapal itu telah menerima kunjungan lebih 2,000 pemimpin negara dan tetamu kehormat, memberikan perkhidmatan perubatan kepada lebih 280,000 individu dan menjalankan lebih 1,600 pembedahan, sekali gus mengharumkan nama China. – BERNAMA

BERITA LAIN

Misi dermaga terapung tamat

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penamatan misi dermaga terapung pada Rabu, yang ditubuhkan untuk menghantar bantuan ke Semenanjung Gaza. “Misi lonjakan maritim yang melibatkan

Gempa bumi kuat di Chile berukuran 7.3 magnitud

MOSCOW: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 magnitud telah berlaku berhampiran bandar pelabuhan Antofagasta di utara Chile, lapor Sputnik. Menurut data dari Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean

Israel sekat bekalan minyak

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa pihak berkuasa Israel masih menghalang penghantaran minyak kepada petugas kemanusiaan, hingga menyukarkan pengagihan makanan di Semenanjung Gaza.

Terima peletakan jawatan Attal

PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal, namun memintanya untuk terus mengetuai kerajaan sementara sehingga pembentukan kerajaan baharu, menurut

BERITA TERBARU

Chelsea Richard nunda singkang indai

SYLVESTER RIANGSuarasarawak.news@gmail.com KINI kuah naya enti enda ngagai asi nya siti jaku sempama ti nemban dikena nerang pasal pengerindu besai siku penanyi biak, Chelsea Richard

Inisiatif manah mutar penanggul penyalah dadah

BINTULU: Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan) 2024 ti dikemendar Dewan Rakyat ensanus (18 Julai) siti inisiatif positif nambah tikas