ARTIKEL

MIRI: Sebuah kapal tangki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di perairan Miri di sini, semalam atas pelbagai kesalahan. Pengarah Maritim Miri Kapten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, kapal berkenaan ditahan di 17.5 batu nautika dari Tanjung Lobang semasa melakukan rondaan rutin semalam. Katanya, lima anak kapal yang terdiri daripada warga Indonesia berusia dalam lingkungan 23 hingga 34 tahun turut ditahan. "Hasil pemeriksaan mendapati kapal tangki itu dikendalikan oleh lima kru termasuk nakhoda kapal yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan ditahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 iaitu lesen tamat tempoh. "Kapal itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa minyak bersubsidi tanpa sebarang borang Akta Pembangunan Petroleum (PDA)," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, kesemua anak kapal dan juga kapal tersebut telah dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Kapal (PTV) Pulau Melayu untuk tindakan selanjutnya. Tambahnya pula, pihak APMM kekal komited dalam usaha menguatkuasakan undang-undang dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati bersalah. Untuk sebarang aduan atau maklumat lanjut mengenai aktiviti mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau hubungi Pusat Gerakan Maritim Sarawak di talian 082-432544.

Kapal tangki bersama lima warga asing ditahan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Sebuah kapal tangki ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di perairan Miri di sini, semalam atas pelbagai kesalahan.

Pengarah Maritim Miri Kapten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, kapal berkenaan ditahan di 17.5 batu nautika dari Tanjung Lobang semasa melakukan rondaan rutin semalam.

Katanya, lima anak kapal yang terdiri daripada warga Indonesia berusia dalam lingkungan 23 hingga 34 tahun turut ditahan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tangki itu dikendalikan oleh lima kru termasuk nakhoda kapal yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan ditahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 iaitu lesen tamat tempoh.

“Kapal itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana membawa minyak bersubsidi tanpa sebarang borang Akta Pembangunan Petroleum (PDA),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua anak kapal dan juga kapal tersebut telah dibawa ke Jeti Pusat Tahanan Kapal (PTV) Pulau Melayu untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya pula, pihak APMM kekal komited dalam usaha menguatkuasakan undang-undang dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati bersalah.

Untuk sebarang aduan atau maklumat lanjut mengenai aktiviti mencurigakan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau hubungi Pusat Gerakan Maritim Sarawak di talian 082-432544.

Kapal yang ditahan di perairan Miri di sini semalam

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU