Kapasiti pusat beli-belah dikurangkan 50 peratus

MIRI: Operasi kompleks belibelah hanya dibenarkan dengan mengehadkan bilangan pelanggan kepada 50 peratus berdasarkan kapasiti premis bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Menteri Penyelaras Jawankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata Majlis Bandaraya Miri, Majlis Daerah Subis dan Majlis Daerah Marudi turut diminta memantau perkara tersebut.

“Kita berharap kerajaan tempatan berbincang dengan pengusaha kompleks beli-belah atau pasar raya agar menetapkan kapasiti pelanggan yang masuk selain memperketat aktiviti pemeriksaan dan penguatkuasaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu berkata selain itu, aktiviti sukan dan rekreasi secara berkumpulan di taman-taman awam di sekitar bandar raya Miri atau aktiviti di kawasan pantai (Tanjong Lobang, Pantai Lutong, Pantai Luak, Pantai Bungai, Pantai Peliau, Pantai Kuala Sibuti, Tusan) secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan.

“Pada tahun lepas, untuk satu tempoh masa yang panjang kita mempertahankan Miri kekal sebagai Zon Hijau, tiada kes dilaporkan dan pada masa itu juga kita mendapat kerjasama daripada semua rakyat di Miri.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mei 2021

Suara Sarawak