ARTIKEL

BUAH KOKO… Lidam melihat buah koko ketika mengadakan lawatan ke Lembaga Koko Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Sarawak, di sini. Foto: MOHD ALIF NONI

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan berkata perkara tersebut susulan keadaan topografi dan kesuburan tanahnya yang amat sesuai untuk tanaman koko.

BERCAKAP… Lidam ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke Lembaga Koko Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Sarawak oleh Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), di sini, hari ini. Foto: MOHD ALIF NONI

Katanya, disebabkan itu pihaknya mahu mengajak masyarakat petani di Kapit untuk terlibat dengan tanaman koko sekali gus akan memberikan sokongan kepada mereka.

“Justeru, setakat ini kita sudah mengenal pasti ratusan ekar tanah untuk tujuan penanaman koko dan juga telah menerima beratus-ratus permohonan daripada petani yang berminat.

“Bagaimanapun, kita ketika ini juga sedang menunggu peruntukan bagi memulakan usaha penanaman padi di bahagian Kapit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke Lembaga Koko Malaysia, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Sarawak oleh Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), di sini, hari ini.

RAKAMAN KENANGAN… Lidam merakam gambar kenangan bersama-sama dengan tetamu kehormat dan peserta yang lain. Foto: MOHD ALIF NONI

Tambahnya, permintaan terhadap biji koko dalam pasaran dunia sedang meningkat ketika ini dan memang biji koko sangat diperlukan untuk sektor hiliran.

“Saya berasa adalah sangat baik sekiranya kita dapat membekalkan biji koko dari kawasan Kapit malah, kita bercita-cita untuk menjadikan bahagian ini sebagai pengeluar koko utama di Sarawak,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, untuk mencapai matlamat tersebut pihaknya perlu bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dan agensi lain yang berkaitan.

Hadir sama ADUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang; Pengarah Pemindahan Teknologi dan Pengambungan, Lembaga Koko Malaysia Abdul Karim Che Hamid; serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP