ARTIKEL

Kapit tuan rumah Hari Belia Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tiga sahabat bekas pemimpin Pemuda PBB – sayap parti yang berusia setengah abad – Datuk Ibrahim Baki, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bertemu dalam keadaan santai dan mesra sebagai kawan lama.

Abdul Karim yang juga Naib Presiden PBB bertemu Nanta untuk memberi taklimat mengenai Hari Belia Sarawak akan datang yang diadakan buat pertama kali di Kapit mulai 1 hingga 3 Disember depan.

“Saya sangat gembira bertemu Nanta memandangkan saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat Hari Belia Sarawak.

“Kapit dipilih secara khusus kerana saya yakin kita tidak boleh mengetepikan Kapit walaupun ia tempat yang kecil.

“Saya juga mahu Kapit disenaraikan dengan program belia ini.

Kami menjangkakan beribu-ribu belia akan berada di sana pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau menambah, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dijangka turut hadir bagi merasmikan program belia itu.

“Selain itu, Nanta turut mencadangkan agar sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Yong diwartakan sebagai bangunan warisan.

“Jika masa mengizinkan, saya ingin melawat rumah panjang tersebut semasa Hari Belia Sarawak dan melihat keadaan rumah panjang itu,” katanya.

Beliau berkata, rumah panjang yang dicadangkan untuk diwartakan sebagai bangunan warisan juga boleh menjadi produk pelancongan yang berpotensi.

Sementara itu Nanta yang juga Setiausaha Agung PBB dan Ahli Parlimen Kapit, merakamkan penghargaan kepada Abdul Karim kerana meluangkan masa untuk memaklumkannya mengenai Hari Belia Sarawak akan datang.

“Terima kasih kerana memilih Kapit, dan kami juga menantikan berita baik mengenai rumah panjang itu,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial