ARTIKEL

Kapuas Hulu Indonesia muncul juara Premier Terbuka Antarabangsa 22 Kru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Pasukan Kapuas Hulu muncul johan dalam pertandingan Regatta Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2023 bagi kategori Premier Terbuka Antarabangsa 22 Kru yang merupakan antara kategori utama pada pertandingan tersebut.

Pasukan dari Indonesia itu meninggalkan lawan yang lain dengan mencatatkan masa 1:11:90, sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM7,000 berserta piala dan pingat.

Hanya berpuas hati, Shenzen Ironman Dragon Boat dari China menduduki tempat kedua merekodkan masa 1:13:56, disusuli rapat SLDB Entulon’s Family (Sabah) dengan masa 1:13:84 dan Lela Chereteria (Brunei Darussalam) mencatatkan masa 1:16:19.

Masing-masing tidak pulang dengan kosong, membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,500, RM4,500 dan RM3,000.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Manakala, kategori Campur Premier Antarabangsa 22 Kru dimenangi DBKL-ACC Sarawak membawa pulang RM7,000, diikuti tempat kedua Taiwan Storm Dragon dengan hadiah RM5,500 dan tempat ketiga Penang Forward Dragon Boat (Pulau Pinang) RM4,500.

Sehubungan itu, semua pemenang di kedudukan pertama, kedua dan ketiga turut membawa pulang piala dan pingat pertandingan.

Karim berucap pada Majlis Sambutan Regatta Bot Naga Antarabangsa Sarawak 2023 di Hotel Riverside Majestic. Gambar RAMIDI SUBARI
Karim bersama-sama peserta yang lain merakamkan gambar kenangan, turut disertai tetamu kehormat yang lain. Gambar RAMIDI SUBARI

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU