ARTIKEL

Karachi bandar raya paling tercemar di dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

ISLAMABAD: Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kualiti udara bandar pelabuhan itu mencatatkan paras 227, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia pada Ahad, menurut badan pemikir alam sekitar global IQAir.

Sementara itu, Lahore bandar kedua terbesar di negara itu menduduki tempat ketiga.

Kerajaan wilayah Punjab mewajibkan penduduk di 10 daerah yang dilanda kabus asap memakai pelitup muka selama seminggu.

“Utamakan kesihatan merupakan tanggungjawab kita bersama. Sila patuhi garis panduan untuk kehidupan komuniti yang lebih selamat,” kata Ketua Menteri Punjab Mohsin Naqvi di X.

Pada Sabtu, sekatan pergerakan dilaksanakan di daerah yang terjejas untuk menangani peningkatan tahap pencemaran udara dengan mengurangkan pelepasan berkaitan oleh industri dan pengangkutan. Institusi pendidikan dan pejabat juga ditutup.

Kabus asap menyelubungi sekurang-kurangnya 10 daerah di wilayah Punjab tengah, termasuk ibu negerinya Lahore yang mempunyai lebih 11 juta penduduk.

Pihak berkuasa Pakistan menyalahkan pelepasan industri, asap dari tanur bata dan kenderaan, pembakaran sisa tanaman dan sisa am sebagai punca pencemaran udara dan kabus asap di Lahore.

Pakistan bertanggungjawab untuk kurang daripada satu peratus pelepasan karbon global, namun merupakan antara 10 negara teratas paling terdedah kepada perubahan iklim.- Bernama-dpa

LAIN-LAIN BERITA

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Mangsa Gaza saman kerajaan Jerman

BERLIN, Jerman: Mangsa serangan Israel memfailkan aduan jenayah terhadap pegawai tinggi kerajaan Jerman kerana menyokong jenayah perang Israel dan genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza,

Koleksi peribadi Elton John dilelong

NEW YORK: Hampir AS$100,000 kasut perak monogram Elton John dan sekitar AS$2 juta untuk lukisan kembar tiga oleh artis jalanan Banksy daripada koleksinya, iaitu barangan

Jokowi rasmi pelabuhan kedua terbesar

JAKARTA: Presiden Joko Widodo atau Jokowi pada Khamis merasmikan Makassar New Port di Sulawesi Selatan yang matlamatnya untuk meningkatkan kecekapan logistik di timur Indonesia, ketika

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke