Karachi, bandar terbesar di Pakistan mendahului senarai bandar paling tercemar di dunia dengan pihak berkuasa tidak berdaya untuk mengekang pencemaran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kualiti udara bandar pelabuhan itu mencatatkan paras 227, menjadikannya bandar paling tercemar di dunia pada Ahad, menurut badan pemikir alam sekitar global IQAir.
Sementara itu, Lahore bandar kedua terbesar di negara itu menduduki tempat ketiga