ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac — IATA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Peningkatan ini menandakan bulan keempat berturut-turut pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak dua angka.

CTK antarabangsa berkembang sebanyak 11.4 peratus dari tahun ke tahun di peringkat global, disokong oleh semua wilayah dan laluan perdagangan utama, dengan syarikat penerbangan dari Timur Tengah, Afrika dan Asia menerajui peningkatan tersebut.

‘Kargo tan kilometer (ACTK) tersedia di seluruh industri, yang mencerminkan kapasiti global industri, telah naik sebanyak 7.3 peratus dari tahun ke tahun, didorong oleh pengembangan berterusan kapasiti dalam kemampuan muatan penumpang antarabangsa.

“Lonjakan dari tahun ke tahun dalam trafik jauh melebihi pertumbuhan yang dilihat dalam metrik perdagangan serta pengeluaran, manakala hasil kargo udara seluruh industri melonjak sebanyak 5.0 peratus berbanding Februari, sejajar dengan peningkatan faktor beban,” kata IATA dalam satu kenyataan.

 Mengenai prestasi serantau, IATA menjelaskan syarikat penerbangan Asia-Pasifik menyaksikan pertumbuhan permintaan 14.3 peratus dari tahun ke tahun untuk kargo udara pada Mac lepas.

“Permintaan ke atas laluan Asia-Eropah menokok 2.7 mata peratusan (ppt) kepada 17.0 peratus dan dalam Pasaran Asia berkembang 6.7 ppt kepada 11.8 peratus.

Kapasiti naik 14.3 peratus dari tahun ke tahun,” tambahnya lagi.

Ketua Pengarah IATA Willie Walsh memberitahu pertumbuhan itu menyumbang kepada prestasi suku pertama yang lebih baik yang telah melangkaui kemantapan prestasi suku pertama 2021 semasa krisis COVID.

“Dengan perdagangan rentas sempadan global dan pengeluaran perindustrian terus menunjukkan aliran meningkat yang sederhana, 2024 akan menjadi tahun yang kukuh untuk kargo udara,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,