Karim sambut baik cadangan penguasaan GLC ke atas S’wak United

KUCHING: Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik cadangan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk anak syarikat Kerajaan Sarawak ini mengambil alih pengurusan pentadbiran Sarawak United.

Menurutnya, ia satu cadangan yang baik tetapi perlu diteliti secara mendalam kerana melibatkan anak syarikat di bawah kerajaan negeri.

“Dalam situasi ini, perlu ada pembeli dan penjual yang sanggup terlibat kerana kita tidak dapat meletakkan kepada Kerajaan Sarawak untuk terus mengambil alih pengurusan.

“Tetapi ia satu cadangan yang bagus kerana kesemua pertandingan liga di Malaysia melibatkan syarikat yang sanggup membiayai di belakang dan tidak lagi melibatkan Kerajaan Sarawak,” katanya pada sidang media Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) di sini, semalam.

Untuk berita selanjutya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini….

Suara Sarawak