ARTIKEL

Karim: Sarawak boleh guna pakai SOP PRN Melaka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dilaksanakan semasa tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diguna pakai untuk PRN ke-12 Sarawak kelak.

Demikian kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahmah Hamzah dalam satu sidang media selepas Perasmian Pelancaran Logo Koporat jenama ‘Sport Sarawak’ di Pusat Akuatik Pandelela Rinong di sini, semalam.

“Bagaimanapun, tiada pengesahan mengenai perkara tersebut kerana Dun Sarawak masih belum dibubarkan.

“Namun saya yakin apabila Dun kita dibubarkan nanti, SOP PRN Melaka juga akan diguna pakai untuk Sarawak memandangkan kes Covid-19 masih ada,” katanya.

Tambah beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberikan taklimat kepada kerajaan negeri bahawa tidak dibenarkan kempen terbuka atau kempen dari rumah ke rumah untuk PRN kali ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,