ARTIKEL

HEBAT... Sebahagian atlet terjun Sarawak.

Karnival Bakat Terjun Kebangsaan: Sarawak rangkul 17 pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kem terjun Sarawak berjaya meraih 17 pingat pada Karnival Bakat Terjun Kebangsaan Siri II 2023 yang berlangsung di Pusat Akuatik Tuanku Zara, Ipoh, Perak pada 8 dan 9 September lalu.

Himpunan pingat tersebut mencakupi tujuh emas, selain masing-masing lima pingat perak dan gangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan gembira dengan pencapaian hebat atlet-atlet muda terbabit.

“Syabas dan tahniah kepada semua atlet muda kita yang telah berjaya meraih pingat dalam kategori masing-masing,” ujar beliau ketika mengulas mengenai perkara itu.

Lima kategori dipertandingkan termasuk springboard (1 Meter Lelaki/Wanita B-12), platform (3 Meter Lelaki/Wanita B-12), springboard (5 Meter Lelaki/Wanita B-12), springboard (1Meter Lelaki/Wanita B-10) dan springboard (3 Meter Lelaki/Wanita B-10).

BERITA LAIN

SUKMA XXI: 14,000 pelajar bentuk pasukan sorak

KUCHING: Seramai 14,000 pelajar sekolah dari sembilan bahagian membentuk pasukan sorak bagi memberi sokongan kepada atlet Sarawak yang bertanding di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI

BERITA TERBARU