ARTIKEL

Karnival Bola Sepak Waris 2022 bakal diperluas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penganjuran Karnival Bola Sepak Persatuan Warisan Anak Sarawak (WARIS) 2022 berjaya memperlihat kehebatan serta bakat ahli-ahli dalam badan induk berkenaan.

Penaung WARIS, Fazzrudin Abdul Rahman berkata, beliau gembira melihat perkembangan positif penganjuran program yang menghimpunkan ahli daripada pelbagai peringkat umur itu.

Beliau juga menzahirkan cadangan agar karnival seumpamanya dengan skala lebih besar dianjurkan pada masa akan datang sehingga ke peringkat negeri.

RASMI…Fazzrudin Abdul Rahman dengan gaya tersendiri menimbang bola sebelum melakukan sepakan.

“Penganjuran karnival ini cukup bagus, justeru diharap pihak WARIS dapat menganjurkannya dengan skala yang lebih besar pada masa akan datang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian karnival berkenaan di Padang Sintetik KDFA, Taman Sourabaya, Petra Jaya sebentar tadi.

Beliau percaya karnival selama dua hari (Sabtu dan Ahad) itu merupakan peluang terbaik buat para pemain mengetengah kembali kehebatan mereka.

Sejumlah 14 pasukan berentap untuk memburu kejuaraan dalam karnival berkenaan, merangkumi WARIS Kuching, WARIS Samarahan, WARIS Sri Aman, WARIS Simunjan dan WARIS G11.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan