Trending

Karnival Falak Nusantara 2023 sehingga Ahad ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Karnival Falak Nusantara 2023 yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Sarawak akan berlangsung mulai Sabtu sehingga Ahad ini di Tebingan Sungai Kuching.

Bertemakan ‘Astronomi: Korelasi Jagatraya dan Manusia’, karnival berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ummah mengenai kepentingan ilmu falak dan astronomi.

Selain itu, karnival yang diadakan bersempena sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka itu juga bertujuan untuk membuka ruang dan peluang kepada generasi baharu mendapatkan dimensi baharu ilmu falak dan astronomi serta mendedahkan korelasi antara perubahan iklim dunia dan ilmu falak dan astronomi.

Sepanjang dua hari karnival berlangsung, pelbagai pengisian menarik diadakan seperti pertandingan bertemakan falak, skygazing (Istiksyaf As-Sama’), ekspo falak dan astronomi, jualan buku falak dan astronomi dan astronomy talk dan sembang santai falak.

Sementara, Majlis Perasmian karnival berkenaan telah diadakan hari ini (Sabtu) yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru