ARTIKEL

Karnival Futsal Veteran 2023 berlangsung Mac depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGERUSI…Abdul Muhtalib Tagak

KUCHING: Golongan veteran yang ingin mempamer aksi serta kehebatan dalam sukan bola sepak lima sebelah atau dikenali sebagai futsal diseru untuk menyertai Karnival Futsal Veteran Samarahan Edisi II 2023.

Pengerusi Kejohanan Abdul Muhtalib Tagak memberitahu, karnival kali ini akan berlangsung selama dua hari bermula dari 11 hingga 12 Mac depan.

“Saingan selama dua hari ini akan berlangsung di Stadium Tertutup Samarahan dan kita menjangka akan disertai pasukan handalan sekitar Kuching, Kota Samarahan serta kawasan berdekatan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Dianjur oleh Kelab V-Foss FC, beliau berkata pertandingan ini akan menyediakan hadiah menarik kepada pasukan berjaya berada kelompok empat terbaik.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM700 beserta piala dan satu set jersi sukan.

Manakala tempat kedua akah memenangi hadiah wang tunai RM400 termasuk piala serta satu set jersi sukan.

Bagi tempat ketiga, pemenang akan membawa pulang wang tunai RM200, piala dan satu set jersi dan tempat keempat bakal meraih wang tunai RM100 beserta barangan sukan.

BERITA LAIN

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU