HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Karnival Gawai Tematu kukuh perpaduan rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
UNIK... Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Hui Kian mengambil gambar bersama tiga wanita gelang (tengah) yang turut hadir pada Karnival Gawai Tematu 2022 
UNIK… Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Hui Kian mengambil gambar bersama tiga wanita gelang (tengah) yang turut hadir pada Karnival Gawai Tematu 2022

KUCHING: Penganjuran Karnival Gawai Tematu 2022 di Dewan Serbaguna Tematu, Bau jelas membuktikan masyarakat di sini mempunyai kelas tersendiri dalam memastikan keharmonian pelbagai kaum dan etnik kekal tidak ditelan zaman.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Hui Kian berkata, program dua hari itu berjaya menunjukkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbeza bangsa dan agama dengan bersatu hati untuk menjayakan program selepas dua tahun tidak dianjurkan susulan pandemik Covid-19.

“Kerja keras anda semua membuktikan masyarakat di sini mempunyai semangat perpaduan tinggi berbanding di negara yang lain biarpun program ini baru diadakan semula selepas dua tahun lalu.

“Program ini adalah penting kerana ia mengajak semua masyarakat untuk turut serta dan kita datang dengan pelbagai latar belakang untuk bersatu-padu sekaligus menunjukkan perpaduan terbaik kepada semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari penutupan Karnival Gawai Tematu 2022 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2022, semalam.

Justeru katanya, keharmonian di Sarawak adalah tanggungjawab bersama selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam memastikan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Kita mahu menjadi wakil dalam membentuk Sarawak bukan sahaja sebagai negeri digital, ekonomi baharu, makmur, tetapi kaya dengan sumber pelbagai dan sifat harmoni hormat-menghormati dalam berkongsi tradisi dan budaya,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru