ARTIKEL

Karnival Hoki 5s PHNS 2023: Penguasaan hebat pasukan pilihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI


KENANGAN…Presiden PHNS, Datin Mary Sadiah Zainuddin (berdiri ditemgah) merakam gambar kenangan bersama pemain selesai saingan.

KUCHING: Karnival hoki 5 sebelah lelaki dan perempuan peringkat umur 12 dan 15 tahun kebawah 2023 yang berlangsung hujung minggu lalu menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan.

Bagi kategori lelaki bawah 12 tahun lelaki, ia diungguli pasukan Apar Cydone, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing disandang Serian Junior dan Tembawang.

Sementara itu, juara kategori perempuan 12 tahun kebawah milik pasukan Tembawang serta tempat kedua dan ketiga milik pasukan Marian dan Serasot HC.

Dalam pada itu, pasukan Spaoh HC pula mengungguli kategori lelaki 15 tahun kebawah, naib juara dan tempat ketiga milik pasukan Penrissen Green dan Kelab Hoki Gedong.

Tidak ketinggalan, pasukan Paku Girls turut berjaya mencuri tumpuan apabila muncul juara kategori Perempuan 15 Tahun Kebawah.

Mengenepikan dua pencabarnya iaitu pasukan Serian dan Kelab Hoki Gedong ditempat kedua dan ketiga.

Karnival sehari itu berlangsung di Stadium Hoki Sarawak, Jalan Padungan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan Presiden Persatuan Hoki Negeri Sarawak (PHNS), Datin Mary Sadiah Zainuddin.

BERITA LAIN

14 MoU Malaysia-China satu langkah komprehensif

KUALA LUMPUR: Persetujuan bagi menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang melibatkan Malaysia dan China menerusi pemeteraian 14 Memorandum Persefahaman (MoU) merupakan langkah komprehensif dan strategik.  Presiden Persatuan Muafakat

Pastikan sistem keselamatan berfungsi baik

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melancarkan Operasi Kuda Laut bermula semalam mengadakan operasi mengejut di beberapa premis di dalam dan

BERITA TERBARU