ARTIKEL

Abdul Karim (dua kiri) berucap pada penutupan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan, di sini malam tadi

Karnival Jom Heboh tingkat sosioekonomi, pelancongan di Sarawak 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan akan terus memberi sokongan kepada penganjuran Karnival Jom Heboh di negeri ini pada masa hadapan. 

Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia membawa pelbagai faedah termasuk menyumbang kepada sosioekonomi serta pelancongan di Sarawak. 

“Sokongan pihak kerajaan melalui kementerian saya termasuk penganjuran program dan pelbagai aktiviti yang boleh disertai oleh setiap lapisan masyarakat termasuk golongan remaja dan keluarga bagi mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.

“Justeru, penganjuran karnival seperti ini memberi peluang yang begitu baik bagi kita semua untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang, jiran tetangga dan rakan taulan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada penutupan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan, di sini malam tadi.

Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Bakat mengucapkan syabas kepada  Media Prima Omnia dan kementeriannya atas kejayaan menganjurkan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak kali ini.

“Kita juga bersyukur kerana sambutan terhadap jualan produk produk tempatan antara 132 gerai yang disediakan di karnival ini juga sangat memberangsangkan. 

“Menerusi karnival ini, ramai peniaga tempatan kita telah dapat menjana pendapatan mereka dan juga pendedahan yang amat diperlukan,” ujarnya. 

Justeru, beliu ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi memberi peluang kepada para peniaga tempatan untuk meluaskan produk produk mereka di karnival ini.

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak malam tadi dihiburkan oleh Baby Shima, Khai Bahar, Hael Husaini, Indah Ruhaila, Rahmad Mega dan Rem. 

MERIAH….Pengunjung dari setiap pelusuk Sarawak menghadiri Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan, di sini malam tadi.
Indah Ruhaila menyampaikan persembahan pada Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak di Dataran Perayaan, di sini malam tadi

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan