ARTIKEL

Karnival Sukan Pangkor 2023 disambut meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

GEDONG: Seramai 200 orang peserta dari 14 buah kampung telah memeriahkan acara dalam Karnival Sukan Pangkor 2023 yang julung kali diadakan pada 6 Februari hingga 11 Februari lalu.

Karnival yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Zon Pangkor Gedong menyasarkan golongan belia dan turut melibatkan golongan lain bagi memupuk semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Ketua Pemuda Zon Pangkor Jamain Meden berkata, karnival itu turut dimeriahkan dengan pelbagai hadiah bagi pemenang termasuklah hadiah berbentuk hamper, pingat dan wang tunai sehingga RM500.

“Selain daripada tujuan utama karnival dianjurkan, saya berharap ia dapat memberi impak besar kepada warga setempat dari segi ekonomi atau peluang pembangunan dan kemajuan demi masa depan generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas beliau, menerusi aktiviti utama beberapa kampung telah dinobatkan juara seperti Kampung Tanjung Sap menjuarai sukan sepak takraw manakala Kampung Lubok Buntin menjuarai sukan badminton.

Kategori sukan yang dipertandingkan dalam karnival tersebut termasuk futsal, sepak takraw, badminton, tarik tali dan beberapa jenis sukaneka.

Karnival itu turut dianjurkan bersama-sama Persatuan Bersatu Alumni Kolej Komuniti Kuching dan Kelab Sukan Rekreasi Kampung Lubok Buntin.

Majlis perasmian karnival telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee serta turut dihadiri Wakil Khas Premier Sarawak Datuk Seri Mohd Naroden Majais.

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu