ARTIKEL

Karnival Sukan Zon 4 Rangawan: 400 peserta terlibat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Karnival Sukan Zon 4 Rangawan, Simunjan akan berlangsung selama tiga hari pada 14 hingga 16 Julai ini.

Menghimpunkan pelbagai jenis acara sukan rakyat, seramai 400 orang peserta terdiri daripada masyarakat dari sepuluh buah kampung dalam Zon 4 Rangawan, Simunjan terlibat.

PENGERUSI PENGELOLA…Rafendi Haji Ariffen.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Rafendy Ariffen, antara acara sukan yang dipertandingkan 14 dan 15 Julai ini adalah lari bawa bola bawah kangkang, lari ikat kaki berpasangan, boling kelapa, dart, isi air dalam botol dan lari dalam guni.

Selain itu katanya, turut dipertandingkan telur berpasangan, lari bawa bola ping pong dengan sudu, lontar peluru dan isi bola dalam bakul.

“Saingan hari ketiga (Ahad) sedikit berbeza apabila melibatkan ketua-ketua masyarakat,” ujar Rafendy kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah Rafendy, pihaknya menjangka karnival selama tiga hari itu meriah dengan adanya wakil setiap kampung terlibat.

Apatah lagi tambahnya, karnival tersebut pertama kali dianjurkan dengan skala besar sedemikian.

Karnival ini kata Rafendy, dianjur oleh Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.25 Simunjan di Zon 4 Rangawan dan melibatkan sepuluh buah kampung dengan 13 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK).

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh