Trending

Karnival Sukan Zon 4 Rangawan: Landasan terbaik erat silaturahim

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIMUNJAN: ADUN Simunjan, Awla Dris menyifatkan karnival Sukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Zon 4 Rangawan mempunyai signifikannya tersendiri.

Katanya ia tidak hanya berperanan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat malah, berupaya menjadi landasan terbaik merapat hubungan silaturahim antara semua pihak.

Beliau berkata kredit berganda diperoleh menerusi penganjuran karnival sukan selama tiga hari anjuran anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 4 Rangawan, Simunjan bermula Jumaat lepas.

“Dapat kita saksikan sambutan memberangsangkan terhadap penganjuran karnival terbabit.

“Saya percaya penganjurannya secara tidak langsung dapat mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat,” ujar beliau ketika berucap pada upacara penangguhan majlis tersebut di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin, Simunjan.

Awla sebelum itu kagum dengan semangat serta sifat kerjasama yang ditunjukkan peserta terlibat.

Katanya ia cukup menggambarkan bahawa amat penting  kedua-dua elemen terbabit sejajar dengan tema karnival tersebut ‘Kebersamaan Matlamat Kami’.

Manakala Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee yang menyempurnakan penangguhan majlis berkenaan mengucap syabas terhadap jawatankuasa penganjur.

Kata beliau, satu kejayaan amat bermakna dengan penganjuran karnival sukan berkenaan.

“Tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana berjaya menganjurkan karnival berkenaan dan saya berharap penganjuran untuk tahun akan datang akan lebih meriah lagi,” tegas Rodiyah lagi.

Dalam pada itu, pasukan JKKK Terasi Ulu berjaya muncul juara keseluruhan dengan meraih 184 mata dan membawa pulang wang tunai RM1,500 dan piala pusingan.

Tempat kedua milik JKKK Sebuyau Ensenggei Lama (176) dan JKKK Sungai Buluh ditempat ketiga (171).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru