ARTIKEL

KOTA SAMARAHAN, 4 Feb-Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang (kanan) bersama pemenang cabutan bertuah, Muzaidi Mahrop (kiri) pada penutupan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di pekarangan Majlis Perbandaran Kota Semarahan (MPKS), hari ini. -- fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Karnival Usahawan Desa mini Samarahan catat jualan RM1.25j

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING : Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) yang diadakan di Kota Samarahan berjaya mencatatkan jumlah jualan lebih RM1.25 juta sepanjang empat hari penganjurannya sejak Khamis lepas.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang berkata angka itu melibatkan nilai transaksi jualan usahawan yang menjangkau lebih RM300,000, manakala selebihnya adalah jumlah yang berjaya diperolehi oleh usahawan desa melalui Business Matching, yang melibatkan lebih 80 syarikat. 

Beliau berkata dari sudut kehadiran jumlah pengunjung juga telah melepasi sasaran 30,000 orang yang datang, dengan jumlah yang mengunjungi mini karnival itu sehingga tengah hari semalam menjangkau lebih 68,000.

“Mini KUD Kota Samarahan mencapai objektif sepenuhnya,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup Mini KUD di Halaman Samarahan di sini semalam.

Rubiah berkata Mini KUD ini juga memberikan pendedahan kepada usahawan desa mengenai sistem perniagaan yang lebih baik dan terancang untuk meningkatkan pendapatan, sekali gus membangunkan ekonomi masyarakat luar bandar.

“Lebih 100 usahawan luar bandar sekitar Sarawak menyertai karnival ini dan kebanyakkan yang terlibat adalah dalam kategori makanan dan minuman, pakaian, kecantikan dan kesihatan, kraftangan dan produk pertanian.

Beliau berkata selain itu mini karnival berkenaan turut menampilkan pameran KKDW dan agensi-agensi yang memfokuskan kepada keusahawanan, pendidikan, TVET@KKDW dan penawaran kemudahan pembiayaan perniagaan. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Mampu perkasa pelancongan Sarawak

Abang Johari berkata, lokasi pembinaan lapangan terbang sudah dikenal pasti dan beliau akan mengumumkannya dalam masa terdekat. Tambahnya, Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Malaysia Airport

Lelaki dipenjara menyamar ahli BTS

LELAKI yang dikenali sebagai A dijatuhkan hukuman penjara kerana menyamar sebagai ahli BTS untuk memperoleh lagu yang belum dikeluarkan BTS. Memetik media antarabangsa, mahkamah mengekalkan