Trending

Karnival Usahawan PKBK platform ketengahkan bakat usahawan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Willie (tiga kiri) menyampaikan cek kepada Fredrick Juray (dua kiri) sambil disaksikan oleh Penghulu Dolik Sembong

PADAWAN: Karnival Usahawan Persatuan Kaum Bisitang Kuching (PKBK) yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober depan bakal menjadi platform bagi usahawan Bidayuh Bisitang dalam mengetengahkan bakat keusahawanan mereka.

Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin berkata, karnival yang julung kali diadakan di Kampung Bangau itu memberi peluang kepada para usahawan untuk menceburi bidang perniagaan.

Di samping katanya, menerusi karnival itu juga, mereka boleh mengenal pasti bidang perniagaan yang boleh diketengahkan selain boleh memohon bantuan untuk memulakan perniagaan baik dari pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan.

“Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk mengenal pasti bakat usahawan dalam diri masyarakat Bidayuh Bisitang supaya mereka boleh tampil untuk diberi pendedahan.

“Selain, ini juga merupakan platform untuk mewujudkan silaturahim dan kebersamaan yang lain meliputi 13 buah kampung di bawah PKBK ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri taklimat sempena Karnival Usahawan PKBK di Pusat Khidmat Parlimen Puncak Borneo, Jalan Puncak Borneo, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pengelola Karnival Usahawan PKBK Fredrick Juray, Penghulu Kawasan Bisitang Dolik Sembong, ahli jawatankuasa PKBK dan ketua-ketua kaum kawasan Bidayuh Bisitang.

Sementara, karnival ini turut menjadi platform menyatukan masyarakat dalam memberi pendedahan dari segi aspek akademik, kerohanian dan kesukanan.

Jelasnya, menerusi pendedahan itu, ia dapat melahirkan masyarakat Bidayuh Bisitang yang seimbang dari segi akademik dan jasmani. 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru