KOTA SAMARAHAN: Hasil karya 18 pelajar tahun akhir Seni Reka Grafik dan Seni Halus menjadi tumpuan pada Pameran Seni Reka Reqaseni 18 Edisi Khas: Nadi Re-Imagine Kolej Pengajian Seni Kreatif Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Sarawak di pusat beli-belah La Promanade, semalam.
Antara yang menjadi tumpuan ialah hasil rekaan daripada program pelajar bersama komuniti di kampung sekitar Samarahan dalam membentuk karya Arca bertemakan Tree Of Life.

Mengulas mengenai pameran, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Pelajar Seni Kreatif UiTM Cawangan Sarawak, Mohd Razif Mohd Rathi menegaskan, usaha itu bertujuan mengekalkan kemampanan pengetahuan menghasilkan karya kreatif bermula daripada konsep kitar semula.
Menurutnya, projek yang diadakan bermula Ogos tahun lalu sedikit banyak memberi impak positif kepada peserta dalam kalangan warga kampung dalam meningkatkan hasil karya mereka.
“Kemampanannya ialah tentang pengetahuan yang kita boleh kekalkan.
Berita lanjut dalam epaper STSS.

