ARTIKEL

Kasika CF belasah skuad Rzurf 22-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Kasika CF melakar sejarah apabila membelasah pasukan Rzurf Exellent dengan jaringan 22-0 dalam aksi di Padang D, Petra Jaya Kuching petang tadi.

Penyerang utamanya, Paul Sambang menjaringkan 14 gol pada minit ke-14, 22, 28, 32, 42, 45, 48, 53, 55, 57, 59, 68, 70 dan minit ke-78.

Manakala Ahmad Mubin Hamlet meledakkan empat gol pada minit ke-35, 39, 44, dan minit ke 50.

Sementara empat lagi gol disumbangkan oleh
Mansor Keram, Wan Jamhuri Wan Ribhan, Mohamad Haddad Aiman dan Fadznur Khaidir pada minit ke-19, 27, 75 dan minit ke-89.

Yang pasti, ia merupakan kemenangan bersejarah dalam liga bola sepak di Bahagian Kuching.

Pengurus pasukan Kasika FC, Dzulkarnain Redzuan melahirkan rasa bangga terhadap keputusan tersebut.

“KIta akan fokus Piala Ketua Menteri selepas ini… dan kita akan cuba untuk juara,” jelasnya.

“Tahun depan kita akan membuat persediaan awal untuk Liga K dan Kejohanan Bawah 19 Tahun,” ujarnya.

Namun, kemenangan tersebut belum mampu menganjak kedudukan Kasika yang masih kekal di tangga keempat.

Ini kerana pencabar mereka 3 Lions turut membelasah TSM United 11-0.

Dengan baki dua perlawanan, Kasika CF masih berpeluang untuk sekurang-kurangnya berada di tangga kedua atau ketika.

BERITA LAIN

Kuching City buka khidmat bantuan beli tiket ACL2

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) menyediakan khidmat bantuan pembelian tiket secara dalam talian bagi memudahkan penyokong mendapatkan tiket perlawanan Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) menentang

Tiga tradisi Kuntau Sarawak ke pentas dunia

KUCHING: Tiga tradisi Kuntau Sarawak bakal dibawa ke pentas antarabangsa apabila 10 pesilat negeri ini menyertai Pertandingan Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa (IMAC) 2026 di Chungju,

BERITA TERBARU