Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kasma KTT juara Futsal Bahagian Serian 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
JUARA... abang Suhordie (belakang tiga dari kiri) bersama para pemain dan barisan jurulatih Kasma KTT selepas penyerahan piala dan cek selaku juara kejohanan Futsal Terbuka Bahagian Serian 2023

SERIAN: Dua jaringan bergaya Zulikhsan Salleh menjadi penentu buat pasukan Kasma KTT dinobatkan sebagai juara dalam aksi final Kejohanan Futsal Terbuka Bahagian Serian 2023 yang berlangsung di Stadium Tertutup Serian, sebentar tadi.

Ini sekali gus meranapkan peluang Jerung United untuk merangkul kejuaraan selepas gagal meraih sebarang gol dengan menyaksikan keputusan  kekal 2-0 sehingga tamat wisel penamat.

PADU…Nurezzanni (kiri) dan Zulikhsan (kanan) masing-masing menjulang hadiah selaku penjaga gol terbaik dan pemain terbaik kejohanan

Dengan kejayaan itu, pasukan Kasma KTT membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 beserta piala dan pingat sementara itu, naib johan, Jerung United sekadar berpuas hati di tempat kedua dengan menerima wang tunai RM3,000 termasuk piala dan pingat.

Tempat ketiga bersama pula dirangkul Dani FT dan SS Simon FT yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,000, piala dan juga pingat.

Kasma KTT yang selaku juara turut menerima dua penganugerahan masing-masing diungguli oleh Zulikhsan sebagai pemain terbaik sepanjang perlawanan dan Muhamad Nurezzanni Mahdi selaku penjaga gawang terbaik kejohanan.

Majlis penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abang Suhordie Abang Zaini.

Turut hadir, Setiausaha Cawangan N23 Bukit Semuja, Awang Reduan Awang Edi dan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Philip Jabu.

Kejohanan edisi pertama selama dua hari bermula Sabtu (11 Mac) disertai 26 pasukan.

 

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News