Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Kastam bongkar taktik seludup dadah, diikrarkan sebagai makanan haiwan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MIRI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya membongkar taktik penyeludupan dadah jenis ganja yang diikrarkan sebagai makanan haiwan di Miri.

Pegawai cawangan penguatkuasaan JKDM Miri yang menjalankan pemeriksaan telah menahan tiga lelaki tempatan pada 12 Mac lalu, sekitar jam jam 12.55 tengah hari di kawasan perindustrian Eastwood, Jalan Bypass Miri.

Pengarah JKDM Sarawak Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, tangkapan pertama membabitkan seorang suspek yang menuntut bungkusan berkenaan yang didapati dikirim dari Pulau Pinang.

Sementara katanya, tangkapan kedua membabitkan dua orang suspek yang didapati menuntut satu bungkusan yang diikrar sebagai surat dan kertas yang dikirim dari Kelantan.

“Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan oleh anggota kastam mendapati bungkusan yang diikrar sebagai makanan haiwan tersebut disyaki mengandungi tumbuhan kering mampat, dibalut dengan plastik lutsinar disyaki ganja dengan anggaran berat 132 gram.

“Manakala pemeriksaan seterusnya ke atas satu bungkusan lagi turut menjumpai tiga ketulan tumbuhan kering mampat yang dibalut dengan plastik lutsinar disyaki ganja dengan anggaran berat 3,117 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca lain  Lebih ramai penduduk B40 Miri akan terima dekoder digital percuma

Tambahnya, pemeriksaan susulan ke atas beg sandang milik salah seorang daripada suspek turut menjumpai 11 paket plastik lutsinar yang mengandungi tumbuhan kering yang disyaki ganja dengan anggaran berat 16.74gram.

Katanya, keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 3,266 gram dengan nilai berjumlah RM20,787.

“Ujian awal ke atas barang kes dipercayai tumbuhan kering mampat tersebut mendapati ia positif dadah jenis kanabis atau ganja.

“Sementara, ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atas ketiga–tiga suspek didapati positif dadah jenis ganja,” jelasnya.

Beliau berkata, kes pertama disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan rotan tidak kurang daripada 10 kali sebatan.

Manakala bagi kes kedua, katanya, disiasat di bawah Seksyen 39B ADB 1952 iaitu mengedar dadah berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sementara kes ketiga katanya, disiasat di bawah Seksyen 6 ADB 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM20,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru