Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Kastam Kuching berjaya patah cubaan menyeludup kontena muatan rokok belum lulus Kastam

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching berjaya mematah cubaan menyeludup kontena muatan rokok pelbagai jenama disyaki belum lulus Kastam dengan nilai rampasan RM229,640.00 dan jumlah keseluruhan cukai RM1.730 juta dalam serbuan di tebingan Sungai Kemena, Sabtu lalu.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Dato’ Sharifah Halimah Tuanku Taha dalam kenyataan medianya berkata kejayaan tersebut hasil serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kuching berkolaborasi dengan Bahagian Penguatkuasaan Bintulu dan Cawangan Operasi Darat Ibu Pejabat Kuching.

Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena terbabit, katanya pasukan menjumpai
sebanyak 252 Master Case Rokok bersamaan dengan 2.587 juta batang rokok pelbagai jenama yang disyaki belum lulus Kastam kerana tidak bersetem cukai.

Kontena beserta kesemua barangan disita untuk siasatan lanjut, yang mana nilai rampasan rokok pelbagai jenama tersebut adalah berjumlah RM229,640.00 dan jumlah keseluruhan cukai yang terlibat adalah sebanyak RM1.730 Juta.

Menurut Halimah, rokok pelbagai jenama itu dipercayai dibawa masuk melalui Sungai Kemena yang berhampiran dengan kilang-kilang papan lapis dan sebuah kontena dipercayai digunakan sebagai tempat penyimpanan barangan tersebut.

Baca lain  Satu kluster baharu libatkan Kampung Bedup, Longgo, Serian

Rokok-rokok tersebut dipercayai dibawa masuk dari luar negara dan dipercayai untuk edaran dan untuk pasaran tempatan terutamanya untuk ribuan pekerja-pekerja asing di yang bekerja di kilang-kilang kayu dan papan lapis di kawasan perindustrian Kemena, tambahnya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 di mana jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penalti kerana membuat akuan tidak betul dan memalsukan dokumen.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam agar bekerjasama dengan pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan barang larangan atau kawalan tanpa permit import dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855, laman sesawang aduan awam iaitu http://aduan.customs.gov.my atau mana-mana Pejabat Kastam yang berhampiran di semua negeri.

Pihak JKDM memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,ujarnya lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru