Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kastam Sarawak lupus sembilan kontena mercun, bunga api

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak melupuskan sebanyak sembilan kontena mercun dan bunga api di Lapang Sasar, Kem Sampadi di Lundu dalam tempoh 16 Ogos lalu sehingga semalam.

Pengarah Kastam Sarawak Mohd Nadzri Ariffin berkata kesemua barangan yang telah dilucuthak di bawah Seksyen 127 Akta Kastam 1967 itu dianggarkan sebanyak 201,755.18 kilogram, yang dianggarkan bernilai lebih RM1.38 juta dengan jumlah cukai dianggarkan sebanyak RM819,280.55.

“Kes tangkapan dan rampasan mercun dan bunga api ini melibatkan kesalahan tidak memiliki permit yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata kesemua mercun dan bunga api itu telah diangkut dari pejabat JKDM Sibu ke Lapang Sasar, Kem Sampadi melalui jalan darat dengan kawalan pengiring oleh anggota Unit MPV PDRM dalam sepanjang perjalanan sehingga ke tapak pelupusan.

Katanya proses pelupusan itu turut mendapat kerjasama serta pemantauan daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (Bomba).

Proses pelupusan mercun dan bunga api di Lapang Sasar, Kem Sampadi di Lundu.

Mohd Nadzri berkata berdasarkan statistik tangkapan yang melibatkan kes mercun dan bunga api sepanjang tahun 2021, JKDM Sarawak telah berjaya memperolehi 16 kes yang melibatkan anggaran nilai sebanyak RM795,574.09 dengan anggaran cukai sebanyak RM514,791.57.

Katanya pada tahun 2020, sebanyak 13 kes diperolehi yang melibatkan anggaran nilai sebanyak RM7,229.11 dengan anggaran jumlah cukai sebanyak RM4,663.30.

Sehubungan itu, katanya orang ramai digesa membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.

Beliau berkata orang awam boleh menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

Katanya pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang