ARTIKEL

Kastam Sarawak rampas 60,670 gram syabu bernilai lebih RM1.9 juta, tahan dua suspek tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas sebanyak 60,670 gram syabu bernilai lebih RM1.9 juta di pekarangan sebuah syarikat kargo di sini pada 4 Julai lalu.

Pengarah Kastam Sarawak, Norizan Yahya, berkata bahawa kejayaan itu merupakan hasil daripada penangkapan dua suspek lelaki tempatan berusia sekitar 20-an menerusi serbuan ‘Joint Task Force On Narcotics’ bermula sejak 1 Julai 2024.

“Suspek yang ditahan lebih kurang pada jam 3.50 petang didapati mempunyai 10 kotak bersaiz besar yang disimpan di dalam sebuah lori.

“Pemeriksaan awal membawa kepada penemuan 60 paket bercetakan ‘Guan Vi Wang’ berwarna keemasan, dengan di dalam paket mengandungi ketulan kristal,” katanya pada sidang media kejayaan rampasan berkenaan di Wisma Kastam di sini, hari ini.

Tambah Norizan, pihaknya mendapati setiap satu plastik lutsinar telah dipek secara vakum tertera tulisan ‘222 dan AAA’.

“Hasil ujian yang dilakukan ke atas kristal tersebut mendapati ia positif dadah jenis methamphetamine atau syabu.

“Kesemua 60 paket ketulan kristal berkenaan mempunyal berat kasar 60,670 gram manakala nilainya dianggarkan berjumlah RM1,907,600.

“JKDM turut menyita barang kes berserta lori yang digunakan untuk mengangkat barang tersebut di bawah Seksyen 30(1) Akta Dadah Berbahaya 1852 bagi siasatan lanjut,” jelasnya.

Menurut Norizan, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat dalam kes tersebut.

“Kita tidak menolak kemungkinan ramai individu yang terlibat kerana jumlah berat yang agak signifikan.

“Kes ini merupakan tangkapan terbesar JKDM Sarawak pada tahun 2024, mengatasi kes tangkapan pada Jun di Miri,” katanya.

Perintah reman selama empat hari telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah, dan perintah lanjutan reman akan dipohon berdasarkan keperluan.

Berhubung modus operandi, Norizan berkata sindiket menggunakan perkhidmatan penghantaran kargo udara antara wilayah, iaitu dari Kuala Lumpur ke Kuching, dengan membuat pengikraran tidak benar pada Borang Kastam.

Syabu yang dirampas oleh JKDM Sarawak di perkarangan sebuah syarikat kargo di sini pada 4 Julai lalu.

Berdasarkan jumlah berat dadah sebanyak 60,670 gram yang diperoleh, seramai 303,000 orang dianggarkan dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai untuk membantu pihak JKDM bagi memerangi jenayah penyeludupan ini.

“Khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain lain, dan orang ramai dinasihatkan agar tidak terlibat dengan aktiviti tersebut,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU