ARTIKEL

Kastam Sibu rampas RM1.7 juta barangan seludup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Cawangan Sibu merampas sejumlah rokok dan minuman keras seludup pelbagai jenama dan mercun tidak berkastam bernilai RM1.7 juta di Jalan Pan Borneo Stapang-Sibu pada Selasa.

Dalam serbuan pada jam 9.50 hingga10.30 malam itu, Bahagian Penguatkuasaan Kastam di sini menahan dua lori secara berasingan dan merampas muatan seludup dan tanpa cukai berkenaan dalam dua kes berasingan di lokasi tersebut

Pengarah JKDM Sarawak Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha sebentar tadi mendedahkan lima individu turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Rampasan melibatkan dua buah lori kargo, 1,486,360 batang rokok pelbagai jenama, 20,589.60 liter minuman keras dan 71.40kg pelbagai jenis mercun dengan anggaran nilai keseluruhan tangkapan ialah RM368,514.37 dan jumlah cukai sebanyak RM1,340,719.83,” katanya. – Berita lanjut esok di Suara Sarawak.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU