ARTIKEL

RAMPASAN… Norizan (tengah) menunjukkan hasil rampasan pada sidang media.

Kastam Sibu rampas rokok, arak, barang tak berkastam bernilai RM5.126 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sibu berjaya merampas rokok, minuman keras, barang tak berkastam dan dadah dengan nilai keseluruhan RM5.126 juta dari Januari sehingga 10 Mei 2024.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak Norizan Yahya berkata, kejayaan tersebut dicapai melalui 55 kes yang direkodkan dengan nilai keseluruhan barang rampasan sebanyak RM2,701,336.54 melibatkan cukai sebanyak RM2,424,989.19.

Bagi kes rokok dan minuman keras, JKDM Sibu berjaya melakukan 39 kes tangkapan melibatkan rokok dan minuman keras pelbagai jenama disyaki tidak berkastam dengan nilai barang rampasan termasuk cukai berjumlah RM3,226,451.65.

Sementara itu,sebanyak enam kes cubaan membawa masuk dadah melalui pengangkutan udara dengan berat anggaran kasar 46.88 kilogram bernilai RM1,488,030 juga berjaya digagalkan sebelum ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Sehubungan itu tambah Norizan, kes disiasat di bawah Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sembilan kes pula melibatkan barang berduti yang tidak diikrar dengan betul yang diperoleh di Pelabuhan Rajang Sibu dengan nilai barangan dan cukai berjumlah
RM367,306.58.

“Kes disasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Dalam pada itu kata Norizan, satu kes pula melibatkan kenderaan asing dari Brunei Darussalam dipercayai menyalah guna kemudahan pengecualian cukai yang diperuntuk bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dengan angaran nilai dan cukai berjumlah RM44,537.50.

Kes kini katanya, disiasat di bawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 yang dibaca bersama Seksyen 12 Akta Kastam 1967.

“Atas kesalahan menyalah guna kemudahan pengecualian cukai yang diperuntukkan di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 Butiran 13, jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” jelas beliau.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke