ARTIKEL

Kawal pergerakan sindiket Keldai akaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PEMILIK akaun dengan transaksi mencurigakan perlu bersiap sedia dengan dokumen sokongan untuk menjelaskan sumber kewangan berkenaan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Tindakan tersebut dilaksanakan bagi memastikan institusi kewangan tidak dijadikan pusat kepada aktiviti jenayah seperti keldai akaun, penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Bagi individu yang gagal memberi penjelasan transaksi ‘mencurigakan’, bank bertindak menghantar transaksi mencurigakan (STR) kepada Bank Negara Malaysia (BNM) membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla), Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla) dilaksanakan.

Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Fatin Nur Hidayah Taib Khan berkata, pelaksanaan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram berkuat kuasa mengawal pergerakan sindiket keldai akaun yang semakin berleluasa di negara lain termasuk Malaysia.

“Amla ialah undang-undang yang bertujuan mencegah dan mengesan aktiviti pencucian wang serta pembiayaan keganasan berkaitan dengan dana haram seperti hasil darpada akaun keldai yang dibuat untuk mendapatkan dana yang tidak sah.

“Ia merupakan undangundang yang diwujudkan oleh kerajaan untuk melawan kegiatan yang berpotensi mencuci wang daripada sumber tidak sah dan menghalang pembiayaan kegiatan berkaitan keganasan dan jenayah,” ujarnya ketika ditemu bual pemberita di pejabatnya, baru-baru ini.
Dalam jangka masa yang panjang katanya, Amla mampu mengurangkan kegiatan akaun keldai.

Pertama, Amla mengenal pasti, melaporkan dan mencegah transaksi kewangan yang mencurigakan atau berkaitan aktiviti jenayah, termasuk aktiviti rasuah, pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

Baca lain  Resipi keluarga

Amla memberi kuasa kepada pihak berkuasa, seperti bank dan agensi penguat kuasa undang-undang melakukan pemantauan dan menyiasat aktiviti kewangan yang mencurigakan.

Maksudnya, pihak bank boleh membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati aktiviti kewangan tersebut disyaki mencurigakan.

Contoh aktiviti mencurigakan termasuklah penerimaan deposit pada jumlah yang sangat besar atau jumlah kecil, tetapi kerap.

Kedua, Amla mewajibkan bank dan syarikat pemindahan wang untuk mendaftarkan diri dan beroperasi di bawah peraturan yang ditetapkan.

Ini membantu meningkatkan ketelusan dan memastikan institusi tersebut mematuhi undang-undang pencegahan pencucian wang.

Jelasnya, proses tersebut memastikan bank sentiasa berada dalam pengawasan yang ketat oleh Amla.

Jadi dapat membantu mengurangkan risiko keterlibatan institusi dalam aktiviti pencucian wang atau penyalahgunaan dana melalui akaun keldai.

Pengawasan berterusan juga memastikan institusi kewangan sentiasa mematuhi peraturan dan memperbaiki prosedur pencegahan pencucian wang apabila diperlukan.

Ketiga, Amla juga menetapkan syarat untuk verifi kasi identiti pelanggan.

Bank harus memastikan identiti dan butiran peribadi pelanggan untuk mengurangkan risiko penyalahgunaan akaun.

Verifi kasi identiti membantu mengurangkan kemungkinan akaun keldai yang dibuka menggunakan maklumat peribadi orang lain.

Bank perlu memastikan identiti pelanggan adalah sah dan benar untuk mengurangkan risiko keldai akaun.

Verifi kasi identiti pelanggan ialah proses memastikan maklumat identiti yang diberikan oleh pelanggan adalah sah dan tepat.

Verifi kasi identiti pelanggan membantu mengurangkan risiko penyalahgunaan akaun kerana ia memerlukan maklumat individu sebenar.

Proses verifi kasi identiti membantu memastikan bank mengenali individu yang sebenarnya.

Baca lain  Ayam pansuh hidangan wajib Gawai

Ini memastikan akaun bank atau akaun pemindahan wang dibuka oleh individu yang sah dan bukan oleh identiti palsu.

KESAN AMLA KE ATAS EKONOMI SEMASA

Amla membantu meningkatkan ketelusan dalam sistem kewangan dan memperkuat kepercayaan pelanggan dan pelabur terhadap institusi kewangan.

Dengan mematuhi undang-undang pencegahan pencucian wang, bank menunjukkan komitmen mereka ke atas integriti dan kepatuhan yang dapat menarik lebih banyak pelabur dan memperkuat reputasi bank.

“Amla memberi perlindungan kepada pelanggan dan membuatkan pelanggan tidak berasa takut dengan sindiket keldai akaun.

“Contohnya, Amla menetapkan peraturan untuk melindungi pelanggan daripada menjadi mangsa aktiviti penipuan atau pencucian wang.

“Pelanggan diberi perlindungan daripada risiko kehilangan wang atau terlibat dalam transaksi yang mencurigakan atau tidak sah,” ujarnya.

Walaupun Amla mempunyai kesan positif ekonomi dengan meningkatkan ketelusan, keselamatan dan kepercayaan, terdapat juga cabaran dan kos yang terlibat dalam mematuhi peraturan tersebut.

SYARAT PEMILIKAN AKAUN LEBIH KETAT

Katanya lagi, mungkin wujud syarat lebih ketat untuk pemilikan akaun bank sekiranya isu pencucian wang dan aktiviti keldai tidak dapat dikawal dengan berkesan.

Jika kerajaan atau badan pengawal kewangan merasakan bahawa langkah sedia ada tidak mencukupi, mereka mungkin mengambil tindakan tambahan dengan memperkenalkan peraturan dan syarat yang lebih ketat.

“Sebagai contoh, mungkin bank mengenalkan verifi kasi identiti yang lebih ketat.

Maksudnya, bank dikehendaki untuk melakukan verifi kasi identiti yang lebih mendalam dan menyeluruh bagi pelanggan sebelum membuka akaun bank.

Baca lain  Alat wajib pekebun bandar

“Ini boleh termasuk penyiasatan latar belakang, pengesahan dokumen identiti, dan pengumpulan maklumat yang lebih terperinci tentang pelanggan,” katanya kepada pemberita.

Selain itu, kata Dr Fatin pihak bank mungkin mengawasi transaksi sesebuah akaun dengan lebih aktif.

Bank dikehendaki untuk lebih aktif memantau transaksi pelanggan dan mencari petanda aktiviti mencurigakan.

Ini melibatkan penggunaan teknologi untuk mengesan pola transaksi yang tidak biasa atau tidak konsisten.

Dr Fatin memberikan empat cadangan mengatasi masalah keldai akaun dan meningkatkan keberkesanan Amla dari segi ekonomi.

KESEDARAN AWAM

Pertama adalah dengan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang risiko dan implikasi terlibat dengan keldai akaun.

Kempen kesedaran tentang penipuan kewangan, aktiviti cuci wang dan hukuman undang-undang dapat membantu mencegah individu menjadi mangsa keldai akaun.

Kedua, bank boleh mengambil langkah untuk melatih kakitangan mereka untuk peka dengan tanda transaksi mencurigakan dan kepentingan verifi kasi identiti yang cermat.

Ketiga, memastikan badan pengawal kewangan memiliki keupayaan dan sumber daya yang mencukupi untuk mengawasi dan memantau aktiviti institusi kewangan.

Penguatkuasaan peraturan Amla yang ketat dan penegakan undang-undang yang tegas membantu mencegah penyalahgunaan sistem kewangan untuk aktiviti jenayah.

Keempat, bank dan pihak berkuasa harus bekerjasama dengan sektor swasta, termasuk platform pembayaran digital dan penyedia teknologi kewangan, untuk mengenal pasti dan menangani risiko keldai akaun dan aktiviti jenayah kewangan lain.

Ini kerana, sistem pembayaran banyak digunakan dalam e-Dagang.

BERITA LAIN

Riadah air panas di Lawas

KEDUDUKAN Lawas di sempadan Sabah dan Brunei Darussalam serta Wilayah Persekutuan Labuan menjadikannya strategik bagi tarikan pelancong. Landskapnya yang berbukit serta kehijauan penuh dengan tumbuhan

Buku Digital

“Terokailah tema, gaya penulisan atau genre buku yang berbeza. Luaskan pandangan dan cuba makalah baharu.  Dengan memulakan trend ini, minat membaca pasti kembali bertaut dalam

Pupuk minat membaca

AMALAN MEMBACA BUKU perlu sentiasa dipupuk dari peringkat akar umbi lagi bagi menyemai minat membaca khususnya dalam kalangan generasi muda. Peribahasa membaca jambatan ilmu dilihat

Wacana sufistik dalam puisi Melayu

SIRI 1 KARYA sastera Melayu berunsur sufistik, khususnya puisi, dari dahulu hingga mutakhir ini, ternyata sangat minimum diwacanakan di Nusantara. Justifikasinya dapat diterima memandangkan sejak

Perkukuh, rancakkan penerbitan buku

1. INDUSTRI penerbitan buku berbahasa Melayu perlu diperkukuh dan dirancakkan dengan pelibatan semua pemain industri. Peranan dan kerjasama dalam kalangan pemain industri, sama ada pada

Hari Bumi 2024 kurangkan pengeluaran plastik

BUMI merupakan planet ketiga dari matahari, juga rumah kepada jutaan hidupan termasuk manusia dan satu-satunya tempat yang kehidupannya diketahui wujud. Sebagai penduduk di bumi, kita

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland